Kontroversi membabitkan Bella Astillah, Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah menjadi bualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lepas.
Apatah lagi, Bella sendiri telah memuat naik tangkap layar antara perbualannya dengan Sophia menerusi hantaran di Instagram.
Jelasnya, perbualan yang dimuat naik itu hanya 10 peratus daripada keseluruhan dan dia bertindak sebegitu kerana dituduh menipu dan memfitnah aktres berusia 29 tahun itu.
Ketika ditemu ramah wartawan sewaktu sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Aliff Aziz menegaskan bahawa isterinya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.
Bukan itu sahaja, penyanyi berasal dari Singapura itu juga mengakui apa yang berlaku ini berpunca daripada kekhilafan dirinya sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan.
Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.”
@kopiplanet Aliff Aziz akur permintaan isteri, tidak akan berlakon lg dgn Sophia Albarakbah… #fyp #foryourpage #foryoupage #artis #malaysia #aliffaziz #sophiaalbarakbah
Jelasnya lagi, ia juga mungkin kerana mereka terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama gara-gara tiada sesi bacaan skrip dilakukan.
Berharap ia tidak berlarutan, Aliff berkata dia akur dengan syarat untuk tidak bergandingan dengan Sophia lagi selepas ini demi menghormati isterinya.
am pada itu, ramai netizen memuji bapa kepada dua cahaya mata tersebut kerana berani berdepan dengan media dan lebih matang ketika menjawab soalan berbanding dengan dirinya dahulu.
Mereka juga turut memujinya kerana mengaku kekhilafan diri sendiri dan berlapang dada untuk belajar daripada kesilapan.
kreadit : Beautifulnara.com