Kuala Lumpur: Pengurus kepada pelakon Mimi Lana iaitu Iman Tang mengesahkan keluarga pelakon Syafiq Kyle sudah merisik Mimi pada sebuah majlis ringkas hari ini.
Iman ketika dihubungi Harian Metro berkata, majlis yang diadakan secara tertutup berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Hari ini cuma acara merisik saja yang mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq,” katanya ringkas kepada Harian Metro.
Iman bagaimanapun tidak dapat berkongsi butiran terperinci memandangkan dia tidak dapat bersama dalam acara merisik itu.
Terdahulu Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak menerusi Instagram berkongsi beberapa keping gambar dirinya menyarungkan cincin yang di jari manis kekasihnya itu.ADVERTISING
“Counting days (menghitung hari). 1 2 3 actions (beserta emoji sebentuk cincin),” tulis Syafiq, 31, sebagai kapsyen foto berkenaan.
Sementara itu, Mimi, 28 juga memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin.
“One step closer (semakin hampir), Insya-Allah. Alhamdulillah,” tulisnya.
Baru-baru ini, Syafiq memaklumkan tahun 2023 adalah tahun dirinya bakal menamatkan zaman bujang selain sudah menghadiri kursus kahwin.
Pasangan Syafiq dan Mimi mula berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019.
Kredit: Harian Metro