Kuala Lumpur: Status hubungan istimewa pasangan selebriti popular, Janna Nick dan Dini Schatzmann masih menjadi teka-teki sehingga hari ini.

Ini kerana menerusi hantaran terbaharu Janna di Instagram, Dini dilihat masih meninggalkan komen kepada pelakon itu yang mengalami kecederaan di lutut.

“Saya kecederaan. Nasib luka di lutut tak seteruk sakit luka di hati,” tulis Janna.

Perkongsian Janna itu mendapat reaksi beberapa pengikut apabila melihat Dini turut meninggalkan komen meminta Janna agar berhati-hati.

“Tolong berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Komen ‘manja’ yang ditinggalkan Dini menarik perhatian ramai apabila ada pengikut yang ingin memulakan penyiasatan terhadap status pasangan ini.

“Jangan bagi saya jadi penyiasat lagi. Putus atau tidak ni,” tulis seorang netizen.

“Mulakan siasatan,” komen seorang pengikut.

Tidak kurang juga yang mendakwa pasangan ini masih belum berpisah.

Desas-desus mengenai keretakan hubungan Janna dan Dini mula hangat diperkatakan apabila bekas pengacara Melodi itu memuat naik status sedih seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

Namun, spekulasi kisah putus cinta mereka dikatakan hanya gimik selepas kelibat mereka berdua kelihatan dalam video TikTok pelakon, Alvin Chong.

Harian Metro cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Janna dan Dini, namun panggilan dan WhatsApp yang dihantar tidak dibalas.

Janna dan Dini memulakan hubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.

kreadit : hmetro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *