Pelakon, Afifah Nasir pada pelancaran RR Bridal 2023 di Hotel Shangri-La. FOTO AZIAH AZMEE
Kuala Lumpur: “Kalau tak jadi tahun ini, (majlis perkahwinan), Insya-Allah, ia akan berlangsung tahun depan. Kiranya, itu paling maksimumlah.”
Itu kata pelakon, Afifah Nasir ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini.
Afifah ketika ditemui di majlis pengenalan koleksi pakaian pengantin Rizman Ruzaini berkata, dia dan bakal suaminya hanya mampu merancang, namun semuanya bergantung kepada ketentuan Allah.
“Kalau tanya saya, mestilah saya nak (langsungkan) secepat mungkin. Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan.
“Perancangan itu memang ada, cumanya, saya akan sibuk sepanjang tahun sebab ada beberapa tawaran kerja yang saya dah ‘lock’ dari awal. Jadi, tak elok pula kalau nak batalkan sebab nak berkahwin.
“Lagi pula, persediaan untuk majlis perkahwinan mengambil masa lama sehingga berbulan-bulan,” katanya.
Menurut Afifah, dia juga tidak mahu terlalu bercerita secara terbuka mengenai bakal suaminya untuk menjaga privasi.
“Saya tak nak cerita terlalu banyak mengenai dia kerana dia bukanlah orang dalam industri. Dia pun sangat menjadi privasinya.
“Jadi, saya tak mahu terlalu mendedahkan mengenai dia kerana takut dia rasa tak selesa. Tapi, bila dah ada tarikh yang spesifik, saya takkan sembunyi sebab saya tahu, semua orang pun menunggu juga,” katanya.
Ditanya sama ada dia akan mengadakan majlis perkahwinan secara terbuka dan diuar-uarkan, Afifah lebih selesa untuk melangsungkannya secara tertutup.
“Kalau diikutkan, saya mahukan majlis yang ‘intimate’ (tertutup), yang mana hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Pada saya, apa yang penting, majlis itu dapat dijalankan dan itu sudah mencukupi.
“Tapi, ibu bapa saya kalau boleh, mereka nak jemput rakan-rakan mereka. Jadi, tengoklah bagaimana nanti. Lokasi majlis pun saya belum tentukan, cuma dah ada senaraikan beberapa lokasi,” katanya.
Afifah menjadi seorang daripada beberapa selebriti yang memperagakan busana perkahwinan rakaan pereka junior di bawah Rizman Ruzaini, Akmal Hakim Ajirul.
Selain Afifah, selebriti lain yang terbabit sama adalah Sissy Iman, Nabila Razali, Azira Shafinaz, Hawa Rizwana, Shaza Bae, dan Siti Khadijah Halim.
kreadit : hmetro.com