Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tampil menepis dakwaan mengatakan dia ditaja lelaki kaya atau lebih dikenali sebagai ‘sugar daddy’ disebabkan gaya hidupnya yang serba mewah.
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, dia berasa terkilan kerana kerja kerasnya untuk memiliki dua buah rumah ketika usia muda dipertikaikan oleh netizen.



Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin berkata, perkara tersebut secara tidak langsung melukakan hatinya.
Bukan itu sahaja, pelakon Projek: Anchor SPM itu turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang sering mengaitkan kerjayaan seorang wanita dengan sesuatu perkara lain dan bukannya dari hasil usahanya sendiri.


Dalam pada itu, Daiyan menganggap doa daripada ibu bapa juga merupakan salah satu punca kejayaan yang dimilikinya hari ini.
Terdahulu, penyanyi lagu Penat itu berjaya membeli sebuah kediaman mewah landed ketika berusia 27 tahun selepas memiliki sebuah kondominium di ibu kota pada tahun 2019.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
SUMBER ASAL DARI :- https://beautifulnara.com/hidup-serba-mewah-miliki-2-buah-rumah-netizen-dakwa-daiyan-trisha-ada-sugar-daddy/