KUALA LUMPUR: Kemelut antara pelakon, Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh masih belum berakhir.
Meskipun Izreen dan Intan saling bahagia bersama pasangan masing-masing, namun konflik rumah tangga kembali diperdebatkan, sejak akhir-akhir ini.
Terbaharu, Intan tampil membalas kenyataan dibuat Izreen menerusi hantaran dalam Instagram (IG).
Katanya, sudah lebih lima tahun perkara ini berlalu dan sudah sampai masanya untuk mereka meneruskan kehidupan dengan aman dan baik.
“Tidak habis-habis, sudah lima tahun perkara ini. Sampai masanya untuk meneruskan kehidupan masing-masing.
“Apa yang awak berdua mahu? Cakap sana sini, ugut aib, berhentilah. Sudah beranak-pinak apa lagi tak puas hati?
“Hari itu, suami saya mahu jumpa dan cakap depan-depan, sebab mahu perkara ini selesai. Mahu bincang, bukannya bergaduh.
“Sudahlah, tidak payah berdrama dalam media sosial. Berhenti dan fokus dengan kehidupan lebih baik.
“Mahu sebarkan aib saya? Sebarkanlah kalau itu yang boleh ajak orang lain benci saya dan sayang dengan awak berdua,” jelasnya.
Terdahulu, konflik rumah tangga mereka kembali hangat diperkatakan selepas Izreen mendakwa Intan masih tidak boleh meneruskan kehidupan kerana memuat naik gambar bekas suaminya, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid.
Bahkan, Izreen turut mendakwa menyimpan banyak bukti yang boleh diberikan kepada suami Intan dan mahkamah. -XTRA
Kredit: Berita Harian