Terdahulu, nama Ira Kazar sekali lagi menjadi tular di media sosial selepas muncul akaun baharu dengan nama @irakazaofficial yang baru diaktifkan tiga hari lalu.

Difahamkan, laman instagram milik Ira atau nama sebenrnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin telah dinyahaktif selepas diserang netizen.

Malah, biodata yang ditulis di akaun terbabit turut mengundang reaksi orang ramai kerana seolah ingin menimbulkan provokasi terhadap netizen dengan mengatakan dirinya kini sedang bahagia bersama suami baru, Syamsul Yusof.

Bukan itu sahaja, akaun tersebut turut memuat naik Instagram Story meminta netizen untuk tidak menganggu kehidupnya lagi.

Tampil menafikan perkara tersebut, Ira menegaskan dia hanya mempunyai satu akaun sahaja iaitu @irakaza dan selain daripada itu merupakan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk membuka akaun palsu di laman Instagram.

SUMBER ASAL DARI :- https://beautifulnara.com/itu-semua-fake-ira-kazar-nafi-buka-akaun-instagram-baru/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *