KUALA LUMPUR: Pelakon, Anna Jobling, 22, tidak percaya namanya diumumkan sebagai personaliti tempatan dengan carian tertinggi di Google Malaysia tahun ini, hingga sebaris dengan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui data dikongsi Google, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, menduduki tangga ketujuh.

Anna percaya pencapaian itu adalah susulan kejayaan drama lakonannya bersama Meerqeen iaitu Melur Untuk Firdaus, yang ditayangkan di slot Lestary TV3, Mei lalu.

“Saya terkejut apabila nama saya tersenarai antara 10 personaliti paling banyak carian di Google Malaysia sepanjang tahun ini. Saya yakin carian ini adalah atas sebab positif karier saya.

“Terima kasih kepada drama Melur Untuk Firdaus yang banyak membantu menaikkan nama saya. Drama ini saya bukan saja mendapat sokongan peminat dari Malaysia, malah Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.

“Alhamdulillah, tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri, apatah lagi tidak pernah terfikir ramai orang mahu melakukan carian nama saya,” katanya kepada BH Online.

Anna percaya pencapaian susulan kejayaan drama Melur Untuk Firdaus bergandingan dengan Meerqeen yang ditayangkan di slot Lestary TV3, Mei lalu. - Foto IG Anna Jobling
Anna percaya pencapaian susulan kejayaan drama Melur Untuk Firdaus bergandingan dengan Meerqeen yang ditayangkan di slot Lestary TV3, Mei lalu. – Foto IG Anna Jobling

Personaliti tempatan dengan carian tertinggi di Google Malaysia adalah Anwar, disusuli bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang hilang sejak lebih setahun lalu.

Selain Anna dan Zalina, personaliti lain yang turut tersenarai dalam carta 10 teratas adalah pelakon kanak-kanak, Nik Adam Mika yang berada di tangga keenam dan penyanyi Yasin Sulaiman di tangga ke-10.

Anna berterima kasih kepada orang ramai yang menyokongnya selama ini dan berjanji untuk terus bekerja keras dalam bidang seni.

“Saya fikir semua orang menggunakan carian Google apabila mahu mendapatkan informasi. Jadi, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier seni.

“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga sudah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya. Semuanya boleh dikatakan berjaya.

“Insya-Allah untuk 2023 saya dalam perancangan melebarkan sayap saya ke negara seberang iaitu Indonesia,” katanya.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *