Siapa yang tidak kenal Neelofa, selebriti popular dan juga usahawan yang sering menjadi tumpuan netizen dan peminat di media sosial.

Terbaru, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail khabarnya sedang berada di Brunei bagi tujuan perniagaan.

Namun, apa yang menjadi buah mulut netizen adalah kemunculan Neelofa yang berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang negara itu.

Dia yang disorong suaminya di atas kerusi roda telah menimbulkan tanda tanya dan ramai yang mula membuat spekulasi bahawa pengacara program Next To Neelofa itu kini sedang hamil anak kedua.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil bertanyakan sama ada Neelofa benar hamil ataupun tidak.

Malah, ada juga yang telah meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Terdahulu, Neelofa merahsiakan kehamilan anak pertamanya iaitu Muhammad Bilal dan mengumumkan berita gembira itu kepada peminat pada ketika usia kandungannya mencecah 8 bulan.

SUMBER ASAL DARI :- https://beautifulnara.com/video-nak-dapat-adik-tu-disorong-atas-kerusi-roda-netizen-teka-neelofa-hamil-lagi/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *