Terdahulu, usahawan dan juga ikon fesyen terkenal iaitu Wak Doyok telah mengundang spekulasi orang ramai selepas memuat naik gambar mesra bersama penerbit, Datuk A. Aida di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Haji Mohd Nor dipeluk erat oleh A.Aida ketika menyambut ulang tahun kelahirannya.

Terkini, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah binti Awang mengakui Wak merupakan rakan lelakinya yang sangat rapat, namun enggan mengulas lanjut soal jodoh.

Bagaimanapun, penerbit berusia 52 tahun itu mengakui Wak merupakan seorang lelaki yang suka bergaya dan itu adalah salah satu ciri-ciri pasangan yang disukainya.
Malah, Ahli Lembaga Pengarah FINAS itu turut memaklumkan setakat ini dia masih belum bertemu dengan ibu Wak lagi.



Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/kalau-ibu-dia-bagi-lampu-hijau-maka-ada-jodoh-kami-a-aida-akui-rapat-dengan-wak-doyok/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *