Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Janna Nick dikhabarkan sudah menamatkan hubungan cinta dengan kekasihnya, Dini Schatzmann selepas memuat naik hantaran ‘broken’ di laman Instagram.

Terkini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dikatakan cuba mencari ketenangan di Eropah.

Perkara itu dikongsi oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana menerusi Insta Story memaklumkan dia terserempak pelakon berusia 27 tahun itu di lapangan terbang.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menganggap Janna bertuah kerana berpeluang untuk ‘healing’ di luar negara.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan penyanyi lagu Gatal itu ‘travel’ ke luar negara di saat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir.

SUMBER ASAL DARI :- https://beautifulnara.com/nak-lari-dari-undi-la-tu-janna-nick-healing-di-eropah-netizen-pesan-jangan-lupa-pru15/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *