KUALA LUMPUR: Pelakon remaja berjiwa besar, Puteri Balqis, 15, meluahkan rasa rindu kepada Allahyarham Abam Bocey menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish memuat naik dua keping gambar semasa kecil bersama pelawak itu ketika dia menjadi tetamu jemputan untuk program realiti komedi hiburan kumpulan Bocey.

Momen yang dikongsikan oleh Aqish itu acap kali tular di serata laman media sosial dan sentiasa berjaya mencuit hati ramai meskipun video tersebut telah dirakam beberapa tahun lalu.

“Hai abang, masih ingat saya? Abang mungkin sudah menyaksikan keindahan alam dan melihat pelangi terindah di syurga sana.

“Pelangi saya masih lagi samar-samar dan tidak berwarna. Salam sayang dari adik perempuan abang, Puteri Balqis,” tulisnya di kapsyen foto tersebut.

Untuk rekod, arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 9 Februari 2020 akibat demam panas. – XTRA

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *