Baru-baru ini, nama pelakon jelita yang kini bergelar usahawan, Lana Nordin kembali menjadi tumpuan orang ramai apabila tular di media sosial mengenai sebuah hantaran video memaparkan penampilan terbaharunya.
Menerusi video tersebut, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin mendedahkan dia baru lima hari selesai membuat pembedahan plastik untuk mencantikkan bahagian hidung.
Difahamkan, pembedahan plastik tersebut dibuat di Korea Selatan dan pelakon berusia 42 tahun itu berkongsi perkembangan terkini wajahnya yang masih berbalut dan dalam proses pemulihan.


Menurut Lana, dia langsung tidak merasakan kesakitan pada wajahnya dan kesan lebam juga telah semakin hilang.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji Lana kerana membuat pengakuan jujur dan tidak menipu atau menyembunyikan mengenai rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas wajahnya.
Bagaimanapun, hantaran video berkenaan difahamkan telah dipadam oleh pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu selepas beberapa minit dimuat naik.
SUMBER ASAL :- https://beautifulnara.com/saya-tak-rasa-sakit-pun-lana-nordin-akui-buat-hidung-baru-di-korea-selatan/