Seperti yang ramai ketahui, Sajat yang kini menetap di Australia mempunyai dua orang anak angkat yang masih tinggal di Malaysia.
Meskipun dipisahkan beribu kilometer, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata dia tidak pernah melupakan atau mengabaikan mereka.
Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini di mana Sajat meluahkan rasa kecewanya terhadap segelntir lelaki yang culas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Rakaman itu meraih perhatian ramai selepas ia dimuat naik di aplikasi itu dan rata-ratanya bersetuju dengan apa yang dikatakan Sajat.
Menerusi video terbabit, dia menyelar kaum Adam yang hanya memikirkan nafsu semata-mata dan sesudah itu, lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab.
Dia juga turut mengakui dirinya seorang transeksual namun menegaskan bahawa dia tidak melupakan tanggungjawabnya. Hantaran itu mendapat pelbagai respon berbeza daripada netizen di mana ada yang suka apabila usahawan tersebut akhirnya mengaku dirinya sebagai lelaki.
Selain itu, segelintir netizen turut mendoakan agar Sajat diberikan hidayah untuk kembali ke fitrah asal sebagai lelaki dan bertaubat.
Sumber dari :- https://beautifulnara.com/darjat-awak-lebih-teruk-daripada-pondan-sajat-sound-lelaki-fikir-nafsu-saja-tapi-tak-beri-nafkah-pada-anak/