Umum sedia maklum, penyanyi rap Caprice baru-baru ini tampil memberi amaran terhadap pasar raya, Mydin kerana mendakwa syarikat itu membuat ciapan berbaur sindiran ke atas dirinya.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meminta syarikat itu memadam ciapan tersebut atau dia akan mengambil tindakan saman sebanyak RM30 juta ke atas pihak Mydin jika tiada sebarang kenyataan maaf dikeluarkan dalam masa 24 jam.

Memetik laporan Kosmo!, perkara itu telah mendapat perhatian Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin yang menyatakan pihaknya tidak melakukan sebarang kesalahan serta tiada sebarang unsur memerli atau menghina penyanyi rap berkenaan.

Walau bagaimanapun, Caprice hari ini menerusi Insta Stories menawarkan untuk membelanja rakyat Malaysia di pasaraya Mydin.

Mengulas lanjut, Ameer Ali mengalu-alukan Caprice untuk melakukan sedemikian serta menawarkan 1 kilogram paket gula untuk sesiapa yang terlibat.

SUMBER DARI : https://beautifulnara.com/kalau-caprice-nak-saman-silakan-pengarah-urusan-mydin-kata-siapa-makan-cili-dia-rasa-pedas/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *