Pelakon Nasha Aziz terpaksa menahan sakit selepas berdepan kemalangan kecil ketika penggambaran filem Talbis Iblis.

Ketika ditemui OhBulan!, Nasha menyatakan kakinya bengkak gara-gara pelakon Zul Ariffin tidak sengaja terjatuhkan gari besi ketika menjayakan satu babak.

Biarpun sedang menanggung kesakitan, aktres berumur 51 tahun ini tetap mengutamakan profesionalisme dan meneruskan lakonan seperti biasa.

Kata pemilik nama Noraishah Abdul Aziz, Zul beberapa kali memohon maaf sejurus berlaku insiden yang tidak diingini itu.

Bercerita mengenai watak Junaidah dalam filem arahan Khabir Bhatia itu, Nasha mengakui sangat mencabar dan banyak tenaga yang perlu digunapakai.

Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Production dan MM2 Entertainment ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Syafinaz, Jay Iswazir, Amir Nafis, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Filem seram Talbis Iblis bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober ini.

SUMBER DARI :- https://ohbulan.com/kaki-nasha-aziz-bengkak-zul-ariffin-tak-sengaja-jatuhkan-gari-besi-saya-tahan-air-mata?fbclid=IwAR2AgG5JaDE0g3ngJ06pCnOVwWD9HFH3VJOhGaWvO5pgrg640SU1fejNW2c

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *