Baru-baru ini, penyanyi serta pelakon, Baby Shima meluahkan rasa berang di laman Instagram kerana dikatakan terdapat individu yang menabur fitnah tentang dirinya.
Tuduhan yang dibuat oleh individu terbabit adalah berkaitan dengan satu babak yang mengatakan dirinya melakukan adegan bercium dalam filem terbaru berjudul BIKO.
Di dalam hantaran yang dimuat naik, Baby Shima hilang kata-kata apabila ingin menjawab pertanyaan seorang netizen yang mahukan kepastiaan daripadanya mengenai tuduhan terbabit.

Selain meluahkan rasa kesal, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu juga berkongsikan beberapa tangkap layar soalan yang diberikan oleh netizen yang tuduh dia bercium dengan pelakon lelaki yang dikenali sebagai Azrel Ismail.
Susulan luahan penyanyi tersebut mengenai tuduhan tanpa bukti itu, ramai netizen menyokong Baby Shima untuk menyaman individu yang fitnahnya sebagai pengajaran buat mereka untuk tidak buat lagi di masa hadapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/cium-molot-weh-dituduh-kantoi-bercium-baby-shima-nak-saman-netizen/