Pelakon veteran wanita, Wan Maimunah meluahkan rasa kecewa apabila beliau tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan.

Malah, pelakon berusia 65 tahun itu merasakan dia sepatutnya layak menerima bayaran lebih daripada apa diberikan pihak produksi.

Menurut laporan Mstar, Wan Maimunah berkata ada segelintir produksi yang bersikap culas apabila membuat pembayaran sehingga terpaksa ‘menggemis’ bagi mendapatkan bayaran.

Wan Maimunah atau lebih mesra dipanggil ibu itu turut berkata bukan sahaja bayaran diberikan tidak setimpal dengan usaha diberikan, malah terpaksa meminta untuk menambah bayaran meskipun tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.

Bagaimanapun, pelakon filem Frontliner itu tidak menyalahkan pihak produksi, sebaliknya merayu agar penerbit lebih peka dan turun padang bagi mengambil tahu tentang perjalanan sesebuah projek agar tiada sesiapa yang teraniaya.

Dalam pada itu, Wan Maimunah memaklumkan dia telah memaafkan dan menghalalkan semua pihak yang belum melunaskan bayaran kepadanya sebelum ini.

SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/ada-orang-kata-saya-bdoh-wan-maimunah-terkilan-terpaksa-mengemis-minta-bayaran-dari-pihak-produksi/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *