Jakarta: Pelakon popular, Naysila Mirdad, 34, teruja melakonkan watak Wulan, seorang wanita yang sarat hamil dalam filem terbaharunya, Inang.

Naysila ketika ditemui media tempatan berkata, dia bersyukur membintangi filem itu kerana dapat merasai pengalaman wanita hamil walaupun hanya sekadar lakonan.

“Merasa bagaimana menjadi wanita hamil yang sebenarnya, di mana saya tidak suka berhias dan tampil biasa-biasa saja sepanjang penggambaran filem Inang.

“Mama saya (Lidya Kandou) yang berlakon sama dalam filem ini juga mengatakan ciri-ciri wanita hamil yang dibawakan seperti memang saya sedang hamil. Apapun, saya teruja untuk watak ini,” katanya.

Naysila yang pernah popular dengan sinetron Liontin berkata, dia juga banyak berbincang dengan pengarah, Fajar Nugros bagi membincangkan watak Wulan itu untuk dilakonkannya sebaik mungkin.

Bagaimanapun, anak kesayangan pasangan selebriti Jamal Mirdad dan Lydia Kandou ini yang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, Arfito Hutagalung juga mengambil pendekatan berdiam diri apabila ditanya soal pernikahannya.

Hanya menjelaskan ringkas, dia memaklumkan pasti berkongsi khabar gembira berkaitan dirinya jika saat itu (berkahwin) sudah tiba.

Katanya, buat masa ini dia mahu fokus pada filem Inang yang dibintangi itu sehingga selesai.

Hubungan Naysila dengan Arfito dikatakan terdedah kepada umum pada pertengahan tahun ini.

Terdahulu, hubungan rapat mereka mula menjadi perhatian ramai bermula tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *