Joe (kiri) dan Muss bergabung dalam konsert istimewa, Barbarik – Pentas Keras pada 24 Disember ini.
Kuala Lumpur: Selepas 22 tahun ‘terpisah’ atas faktor tertentu, pemain gitar terkenal, Joe kini kembali bertemu ‘jodoh’ dengan penyanyi, Muss.
Dua nama hebat yang juga bekas anggota Wings dan May ini akan bergabung menjayakan projek konsert istimewa Barbarik – Pentas Keras yang akan berlangsung di Zepp KL pada 24 Disember ini.
Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir berkata, projek ini dianggap sebagai menyelesaikan apa yang tertunda sebelum ini.

Muss menyertai Wings pada 1996 menggantikan Mel yang meninggalkan Wings pada 1995. Sebelum itu Awie meninggalkan Wings pada 1993, namun menyertai Wings semula pada 2000 hingga hari ini.
Joe pula meninggalkan Wings pada 2016.
Selain Mr Barbarik, Muss merakamkan empat album bersama Wings iaitu Biru Mata Hitamku, Mencari Asal Usul, Double Trouble 2 (bersama Search) dan album raya, Puisi Aidilfitri.
“Selepas Mr Barbarik dipasarkan, Muss ambil keputusan keluar Wings tanpa sempat buat promosi mahupun konsert. Pada saya, apa yang dibuat ini ibarat urusan belum selesai yang kini disambung semula.
“Apa yang menarik, selepas 20 tahun barulah orang dengar album ini semula. Tiba-tiba pada 2017 dan 2018 baru orang tahu kewujudan album ini,” katanya ketika ditemui di studio miliknya di Setapak, di sini.
Sementara itu, Muss berkata, dia pernah merasakan merakamkan Mr Barbarik seperti membuang masa kerana dia mengundurkan diri dari Wings sebaik album itu dipasarkan.
“Tapi apabila sampai tahap sekarang dah lebih 20 tahun, rupanya ada yang simpan album ini. Ada yang simpan kaset lagi. Bila sebut Mr Barbarik ramai yang tahu.
“Mungkin bila kami sebut mengenai projek ini, ramai yang dengar balik lagu-lagunya. Sekarang pun kita dah ada YouTube untuk dengar.
“Kita tengok respons daripada peminat pun ada yang masih dengar album ini. Ada yang nak dengar semula. Maklumlah dulu mungkin mereka tiada ‘feel’. Sekarang baru mereka tahu ‘feel’nya bagaimana,” katanya.
Joe berkata, daripada semua album yang dihasilkannya bersama Wings, Mr Barbarik dikategorikan sebagai ‘dark album’.
“Masa keluar orang macam tak boleh terima juga. Orang kita lebih sukakan album yang berkonsep komersial. Selepas 20 tahun baru orang nak dengar dan kena dengan jiwa peminat generasi sekarang,” katanya.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Keris Tak Bersarung, Inspirasi Syakilla, Singa Dan Harimau, 203 dan Mayang Sulit.
kreadit : hmetro.com