Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan pelawak, pelawak Jep Sepahtu telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat beberapa sedutan episode melibatkan Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin bersama beberapa selebriti wanita di dalam program Sepahtu Reunion Live.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila dia bersungguh-sungguh dalam menjaga batas pergaluan ketika membuat persembahan bersama artis wanita lain.
Malah, Jep dilihat menepis tangan dan sentiasa mengelak daripada bersentuhan dengan tetamu jemputan yang hadir antaranya adalah Azira Shafinaz, Datin Elvina Mohamad, Nasha Aziz dan Elizabeth Tan.
SUMBER ASAL :- https://beautifulnara.com/bukan-takut-bini-tapi-hormat-jep-dipuji-netizen-sedaya-upaya-jaga-batas-pergaulan-dengan-wanita-lain/