BARISAN artis yang bakal menjayakan Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022.
SELEPAS kerajaan mengumumkan fasa endemik dalam negara, industri hiburan tanah air kembali bernyawa dengan menyaksikan pelbagai aktiviti seni dan persembahan pentas diadakan.
Tidak ketinggalan beberapa penganjuran konsert berskala besar yang dianjurkan bermula Mei lalu membabitkan beberapa penyanyi terkenal, termasuk dari luar negara. Sekali gus memberi bayangan sokongan padu peminat masih ada.
Terbaharu, Konsert Hype Night In Kuala Lumpur 2022 dianjurkan oleh NJ Setia di KWC StarXpo Kuala Lumpur pada 23 Oktober depan.Artikel Berkaitan• Suria FM jumpa peminat• Peluang kedua Nabila Razali pada AJL35• Judika memang mantap!• Aksi pemanas badan
Persembahan ini bakal menampilkan kolaborasi hebat penyanyi dari dua negara Malaysia dan Indonesia. Persembahan dimeriahkan artis dari Malaysia antaranya Ezad Lazim, Amir Masdi dan Najwa Latif.
Sementara dari Indonesia pula barisan penyanyi yang tular dan mempunyai lebih 15 juta pengikut di media sosial seperti Tri Suaka, Nabila Maharani, Zinidan Zidan, Angga Candra dan Valdy Nyonk tampil menjayakan persembahan.
Bagi penyanyi dari Indonesia, Nabila Maharani yang popular menerusi lagu Bila Nanti, dia sangat gembira apabila diberi peluang untuk beraksi dan membuat persembahan di Malaysia.
“Saya sangat gembira. Terima kasih kepada NJ Setia atas kesungguhan ini. Saya akan memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya. Saya bersyukur kerana diterima peminat di Malaysia. Ia bagai sebuah mimpi. Tapi, saya akan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Nabila berkata, dia juga tidak sabar untuk menyanyikan lagu Bila Nanti pada persembahan itu.
“Tentu saja lagu Bila Nanti adalah lagu wajib untuk dinyanyikan. Selain itu, ada persembahan istimewa duet dan kolaborasi bersama penyanyi Malaysia. Jadi, saya mahu mengajak semua untuk meriahkan lagi konsert ini,” katanya.
Sementara itu, Amir Masdi berkata, pemilihannya untuk konsert yang menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini satu perkara yang unik untuk penonton.
“Dari segi penyanyi pula saya rasa kita dapat suasana yang baharu di pentas sebab ada penyanyi dari Malaysia dan Indonesia. Jadi, kehadiran kami ini akan memberikan tenaga dan ‘vibe’ berbeza. Kita boleh juga belajar antara satu sama lain. Mungkin cara mereka buat persembahan dan interaksi dengan penonton.
“Saya rasa gembira dan tak sabar untuk merasakan suasana baharu di pentas itu. Apa yang membuatkan saya menerima tawaran ini kerana ia adalah satu konsert yang unik dan sudah tentu saya suka. Saya tak nak lepaskan peluang ini untuk buat persembahan dan tunjukkan kepada penonton Malaysia serta Indonesia.
“Saya juga berpeluang untuk berjumpa penyanyi dari Indonesia untuk bertukar informasi dalam muzik. Memandangkan ini konsert pertama di mana peminat perlu membeli tiket, jadi saya terus berkongsi di media sosial.
“Persiapan untuk persembahan macam biasa, saya hanya perlu cukup rehat, cukup makan dan pastikan kesihatan baik untuk hari persembahan itu. Saya belum tentukan lagu apa yang bakal dinyanyikan, mungkin lagu sendiri dan lagu ‘cover’ pun ada,” katanya.
Sementara itu, penganjur konsert, Din dari NJ Setia berkata, pihaknya mengambil peluang dalam membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara ‘influencer’ Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau.
“Selaku penganjur konsert ini kami mahu membuka mata banyak pihak. Dengan semangat, tiada perkara yang mustahil, NJ Setia membawa kumpulan penyanyi dari Yogyakarta dan Jakarta, Indonesia untuk berada di pentas bersama penyanyi tersohor Malaysia.
“NJ Setia bijak mengambil peluang dalam membentuk sebuah konsep persembahan kolaborasi antara influencer Indonesia dan Malaysia yang segar dan sesuai dengan peredaran industri muzik serantau.
“Konsert ini juga akan menjadi acara berkumpul bagi ‘influencer’, Youtubers dan insta famous meraikan kolaborasi terbaik tahun ini antara penyanyi Malaysia dan Indonesia. Ini adalah pentas persembahan vokal serumpun,” katanya.
Tambahnya, konsert ini adalah ruang terbaik penyanyi dari Indonesia membuktikan kemampuan sebenar mereka untuk menghiburkan penonton dan peminat dari Malaysia, Singapura dan Brunei.
Peminat dan penonton yang hadir pada konsert itu juga bakal disajikan dengan persembahan solo dan duet dengan 18 lagu di bawah pimpinan pengarah muzik Along Exists.
kreadit : hmetro.com