Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Ziana Zain menerima dengan terbuka komen dan teguran peminat yang mahukan dia dan adiknya yang juga penyanyi Anuar Zain memberi tumpuan pada nyanyian daripada banyak bercakap pada Konsert Anuar Zain, Ziana Zain Live in Singapore 2022 pada 24 September depan.

Ziana, 54, berkata, apa yang berlaku sewaktu konsert di Dewan Plenary, KLCC pada 6 Ogos lalu dijadikan pengajaran untuk mereka menambah baik persembahan di Singapura nanti.

“Lebihkan menyanyi dan kurangkan bercakap, boleh, boleh. Sebab sebenarnya kita ni bukan apa, bila dah lama tak ada konsert, kita tengok penonton, rasa teruja dan sangat mengalu-alukan mereka. Nak pergi kepada peminat untuk ucap terima kasih. Tapi mungkin sebab dalam kepala otak dah tertumpu untuk lagu.

“Jadi, kita belajar. Ada suka dan tak, selera masing-masing. Ada yang datang dengan positif ‘vibes’, yang datang nak cari salah kita pun ada. Jadi, ia perkara biasa apabila berada dalam industri ini. Saya berfikiran terbuka. Apa pun negatif ka,

positif, teguran saya terima.

Saya tak nak menjadi orang yang tak boleh terima, itu tak belajar sebenarnya,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Ziana ditemui pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya, Sabtu lalu.

Dalam masa sama, Ziana berterima kasih kepada peminat yang tanpa henti memberi sokongan buat dirinya mengadakan konsert solo.

“Ya Allah, makbulkanlah doa setiap mereka yang mendoakan saya. Kalau ada, Ya Allah siapa yang tak nak. Saya sedia untuk konsert solo. Sekurang-kurangnya saya ada setahun untuk saya buat persiapan. Saya nak kena latihan dan dapatkan stamina.

“Memang saya nak, orang kata sebelum kita melangkah lagi, apatah lagi kalau dah berumur ni, kita tak tahu tenaga kita tahap mana. Tapi saya cakap, kalau dapatlah, ia semua rezeki,” katanya.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *