Kuala Lumpur: Pelakon Azhar Sulaiman, 51, sudah habis akal untuk menasihati anaknya Kasih Iris Leona yang kerap mencetus kontroversi dan jadi bualan netizen.

Azhar mendedahkan hal itu dalam satu perbualan bersama pelakon Aida Aris yang kemudian diterjemah kepada hantaran.

Dalam perbualan itu, Aida mengatakan Kasih terlalu popular saat ini dan menasihatkan Azhar untuk cuba berbincang baik-baik dengannya supaya lebih menjaga batas diri.

“Hari-hari dia buat saya panas bontot. Sudah (nasihat) tapi makin cakap makin menjadi,” katanya.

Aida juga menyarankan Azhar untuk cuba gunakan kemahirannya sebagai pelakon untuk menangani Kasih. Namun, Azhar akui Kasih pasti akan kenakan dia semula.

“Aida kata cubalah ‘slow talk’ dengan dia. Suruh berlakonlah sedih sikit dan cakap sampai hati dia (Kasih) buat kat ‘daddy’ macam ini.

“Macam mana mahunya nanti dia cakap balik, sekarang kamu tengah berlakon dengan saya?” demikian perkongsian Azhar.

Terdahulu, pelakon itu pernah mengakui anak perempuannya itu gemar berpakaian seksi walaupun dia melarangnya.

Menurutnya, setiap keluarga akan ada pelbagai masalah dengan anak-anak mereka.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *