Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa mendedahkan adiknya yang juga pempengaruh, Ameera Khan memilih untuk berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Neelofa berkata, dia memahami perasaan adiknya yang memadam semua foto di Instagram baru-baru ini.

“Perkara ini sudah berlaku beberapa kali. Cuma kalau ditanya sebagai kakak, bagi saya dia sedang membesar. Malah situasi yang dilalui kami sangat berbeza.

“Maksudnya, dia dapat perhatian itu awal berbanding saya. Bayangkan ketika dia umur belasan tahun sudah terima perhatian. Mungkin dia tidak berkesempatan untuk melihat semula apa yang perlu diperbaiki

“Benda begitulah saya rasa membuatkan dia berhenti sekejap (media sosial). Tidaklah bermakna dia ‘frust’, bukan begitu. Ia hanya perjalanan peribadinya. Dia pun ada minta pandangan saya,” katanya.

Menurut Neelofa, dia mengakui adiknya itu sedang melalui fasa mengenali diri dan memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya.

“Lebih kepada cara dia untuk mengenal, perbaiki diri pada usia begitu. Mungkin dia tengah mencari apa yang terbaik untuk dirinya.

“Kalau saya yang ulas pun mungkin ia bukan jawapan tepat, hanya dia yang tahu jawapan sebenar,” katanya.

Sehingga kini, akaun Instagram Ameera yang mempunyai 1.4 juta pengikut masih lagi belum dimuat naik sebarang foto.

Kredit: Harian Metro

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *