KUALA LUMPUR: Pelawak Amir Raja Lawak tidak tertekan biarpun masih belum dikurniakan cahaya mata, biarpun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Nur Intan Syafinaz.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 33, berkata, dia percaya ada hikmah masih belum dikurniakan anak memandangkan ekonomi belum cukup stabil.

“Sebelum ini, ada tersebar mengenai kanak-kanak yang dikatakan anak saya sehingga kisah tular, tetapi saya tidak kisah.

“Saya tak marah bila ada mempersoalkan adakah itu anak saya. Mungkin disebabkan perangai saya seperti ini, jadi bila orang kecam saya buat tak tahu saja.

“Macam orang kata, tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Jujurnya, saya tiada tekanan dan akan teruskan hidup bersama isteri seperti biasa.

“Lagipun, saya masih muda dan isterinya pula masih dalam usia 20-an, jadi, banyak masa lagi. Nak ambil anak angkat pun mungkin tidak.

“Sebab saya percaya Allah mahu ekonomi saya betul-betul kukuh sebelum ada anak. Iyalah kalau ambil anak angkat, tetapi tak boleh jaga nanti kena kecam juga,” katanya kepada BH Online.

Amir dan isteri berusaha menjalani perubatan secara tradisional untuk mendapatkan anak, namun, rezeki belum sampai.
Amir dan isteri berusaha menjalani perubatan secara tradisional untuk mendapatkan anak, namun, rezeki belum sampai.

Tambah Amir, dia dan isterinya berusaha menjalani perubatan untuk mendapatkan anak, namun, rezeki belum sampai.

“Kami melakukan perubatan tradisional, tetapi kami buat diam-diam saja. Tak perlu dihebohkan. Dan apa usaha itu, biarlah kami sahaja yang tahu,” katanya.

Amir ditemui pada sidang media supertele Penanggal Mak Kiah dan filem Flaka terbitan Darraz Empire, baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan kerjaya seni, Amir bersyukur masih menerima tawaran lakonan.

Namun, Amir tidak menafikan, dia juga pernah mengalami waktu sukar, tetapi disebabkan sikap berjimat cermat, semuanya dihadapi dengan baik.

“Alhamdulillah, ada juga tawaran dengan menjayakan drama 30 episod. Terbaharu, supertele Penanggal Mak Kiah yang akan menjalankan penggambaran pada 14 Julai ini.

“Tawaran sentiasa ada, walaupun hanya selingan sahaja. Lagipun, saya ada perniagaan menjual air minuman dan pakaian ‘bundle’. Perniagaan air sudah dijalankan sejak lima tahun lalu.

“Alhamdulillah kini sudah mempunyai ejen sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Malah, perniagaan bundle yang diusahakan sejak enam tahun lalu menerusi dalam talian. Jadi, saya bersyukur walaupun tiada tawaran seni tetapi masih ada perniagaan,” katanya.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *