KUALA LUMPUR: Dua pelakon pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi, 15, dan Mia Sara Nasuha, 17, mengakhiri perselisihan yang faham berlaku dengan jalan damai.

Ini berikutan Puteri Balqis tampil membuat permohonan maaf menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman Instagram, semalam.

Puteri Balqis berkata, dia berharap Mia Sara tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Hello kakak saya, Mia Sara. Dari lubuk hati, saya memohon maaf seikhlas hati kepada awak dan bapa serta semua peminat dan penyokong awak.

“Saya mengatakan perkara ini sekali sahaja. Tolong jangan mengulangi apa yang sudah dilakukan kepada saya.

“Saya berharap awak boleh kembali meneruskan kehidupan awak. Terima kasih,” katanya.

Puteri Balqis muat naik komen Mia dalam TikTok, seolah-olah sengaja memburukkannya, sekali gus mencetuskan lebih banyak kecaman netizen. - Foto IG Puteri Balqis
Puteri Balqis muat naik komen Mia dalam TikTok, seolah-olah sengaja memburukkannya, sekali gus mencetuskan lebih banyak kecaman netizen. – Foto IG Puteri Balqis

Terdahulu, Mia menerusi aplikasi TikTok menyentuh kehidupan Puteri Balqis. Komen Mia mengenai Puteri Balqis disalah erti dan tidak bermaksud mengkritik kehidupan pelakon itu.

“Dia (Puteri Balqis) tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan, tetapi usah letakkan kesalahan pada bahunya,” kata Mia.

Menerusi komen dalam ruangan TikTok yang ditinggalkan, Mia atau nama sebenarnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan menafikan, dia bercakap perkara negatif, sebaliknya tampil mempertahankan Puteri Balqis.

Namun, pendapat Mia mendapat perhatian Puteri Balqis yang menganggap Mia bercakap perkara tidak baik mengenainya.

Puteri Balqis tampil bersuara dan mempersoalkan motif penulisan Mia dalam TikTok, seolah-olah sengaja hendak memburukkannya, sekali gus mencetuskan lebih banyak kecaman netizen buatnya.

Puteri Balqis tersinggung dengan komen Mia yang menganggapnya tidak dibesarkan dengan baik oleh ibunya. - Foto IG Puteri Balqis
Puteri Balqis tersinggung dengan komen Mia yang menganggapnya tidak dibesarkan dengan baik oleh ibunya. – Foto IG Puteri Balqis

Tambah Balqis, komen itu adalah satu fitnah terhadapnya dan ibu.

“Saya dan ibu buat hal sendiri sendiri dan tak kacau orang. Saya tersinggung dengan komen anda mengenai saya yang dianggap tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya.

“Itu satu fitnah besar apabila awak mengata keluarga saya. Satu-satunya keluarga ialah ibu saya.

“Saya tidak tunjuk cinta saya kepada Tuhan melalui gambar, tetapi menerusi syair dan penulisan. Dan, tidak ramai sedar mengenainya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Puteri Balqis meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang selalu menyokongnya dalam apa juga keadaan.

“Kepada penyokong, apa yang boleh saya cakap, anda semua baik hati dan memberikan kasih sayang. Terima kasih untuk kasih sayang ini.

“Ini adalah dari saya kepada anda orang. Ada yang menghakimi, mengatakan perkara salah mengenai diri anda, tiada apa yang perlu dibuktikan, teruskan membuat kebaikan,” katanya.

Sementara itu, BH Online berusaha mendapatkan komen Mia, namun, pelakon cilik enggan mengulasnya.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *