Sedia maklum, semalam merupakan minggu terakhir untuk program kegemaran ramai iaitu Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Seperti sudah dijangka-jangkakan sejak minggu pertama, penyanyi Aliff Aziz telah memenangi tempat pertama untuk GV8 dan beliau membawa pulang wang sebanyak RM100,000 berserta trofi kemenangan tajaan Astro.
Dalam pada itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Nikki Palikat dan Suki Low pula berjaya memenangi di tempat ketiga di pentas akhir GV8, semalam.
Selain itu, tempat keempat dimenangi oleh Adibah Noor, Azan Scan di tempat kelima dan ditempat keenam adalah milik Aweera.
Malam pentas akhir yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu telah disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) serta saluran Astro Ria HD (123).
Tahniah diucapkan untuk semua pemenang!
kreadit : beautifulnara.com