Semalam, PLUS membuat pengumuman di Facebook rasmi bahawa pihak mereka akan mengaktifkan semula lorong SmarTag yang sebelum ini ditutup di 16 plaza tol bersamaan 19 lorong SmartTag sebelum 25 Januari 2022 bagi tujuan kelancaran trafik sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Penutupan lorong SmartTag sebelum ini tidak dapat dinafikan telah mengakibatkan kesesakan yang melampau buat pengguna lebuh raya dan menuai kritikan daripada rakyat berikutan keputusan itu.

Difahamkan, PLUS merancang untuk membuka semula 24 lorong SmartTag di 18 Plaza Tol selain akan memasang palang berganda lebih cepat di plaza-plaza tol yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

Dan jika pelekat RFID pelanggan didapati rosak, pihak Touch ‘n Go akan menggantikannya secara percuma.
“Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID.” tambah PLUS lagi.

kreadit:beautifulnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *