Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib baru-baru ini mengakui sedang mengenali seorang wanita.

Namun, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, telah menjadi sasaran kecaman netizen apabila disifatkan masih terlalu awal untuk bicara soal jodoh.

Menurut Shuib, 37, dia tidak kisah dengan pandangan netizen kerana sudah lali dengan situasi berkenaan.

Jelas Shuib, dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja.

Tambahnya lagi, dia tidak perlu dengar pendapat orang lain kerana yang ada bersama dengannya bukan netizen, tetapi keluarga.

Dalam pada itu, Shuib turut memaklumkan ramai wanita yang mahu berkenalan dan menghantar mesej di laman sosial, bagaimanapun dia mengambil langkah untuk tidak mengambil serius perkara tersebut.

Sumber Dari : https://beautifulnara.com/kenal-orang-baru-shuib-dikecam-terlalu-awal-cari-jodoh/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *