Penyanyi dan juga pelakon Lufya Omar memaklumkan bahawa dia melakukan pembedahan memotong usus ataupun bariatrik pada awal November lalu bukanlah untuk kelihatan cantik atau memikat lelaki.

Namun, jelas Lufya, dia menjalani prosedur itu kerana ingin mendapatkan semula stamina yang semakin kurang seiring dengan pertambahan usia.

Katanya lagi, pembedahan tersebut telah berjaya mengawal tahap kolestrol dan penyakit asma yang dihidapinya serta lebih positif dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Dia turut berkongsi pengalaman melakukan pembedahan tersebut dengan pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik, Dr Mustafa Mohammed Taher di mana Lufya difahamkan telah turun berat badan sebanyak 11 kilogram dari 85 kilogram berat asal.

Lufya Omar

Ibu tunggal kepada seorang anak ini juga menzahirkan harapan untuk menurunkan berat badan lagi 10 kilogram agar mendapat tubuh yang ideal dan seimbang seperti zaman anak dara dahulu.

Sekadar info, Dr Mustafa antara pakar bedah GI dan bariatrik terbaik di mana beliau berjaya melakukan 2,000 prosedur tersebut sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *