Kehadiran cahaya mata sama ada lelaki atau perempuan sememangnya ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri yang sudah sedia bergelar ibu bapa, sekali gus bakal memikul amanah besar.

Apatah lagi, anak itu adalah rezeki dan pelengkap kasih sayang dalam hubungan dibina. Hadirnya, seorang anak juga membawa keceriaan di dalam keluarga.

Bagi golongan wanita yang baru kali pertama hendak bergelar ibu, pastinya pelbagai rasa dan keinginan tersemat di hati. Semua itu disebabkan kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai dan sukar dimengertikan.

Justeru, bakal bergekar ibu tidak lama lagi membuatkan penyanyi muda dan popular Indonesia iaitu Aurel Hermansyah, 23, meluahkan keinginan untuk melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal.

Aurel yang kini sarat hamil tujuh bulan berkata, dia dan suaminya juga YouTuber terkenal, Atta Halilintar, 27, tidak sabar untuk melihat buah hati mereka.

“Saya akan berusaha untuk bersalin secara normal. Saya sudah beritahu perkara ini kepada keluarga dan mereka juga mendoakan agar segala urusan bersalin nanti dipermudahkan Allah,” katanya.

Tambah Aurel, dia sebenarnya tidak kisah jika kehamilan pertamanya terpaksa melalui proses pembedahan tapi sebagai seorang ibu, pasti ingin merasai pengalaman berharga itu.

“Saya tak kisah jika ditakdirkan bersalin secara pembedahan. Cuma, apapun tidak salah kalau saya mahu mencuba bersalin normal,” katanya.

Sementara itu, Atta berkata dia menyambut baik setiap keputusan isterinya kerana apa yang lebih penting adalah keadaan kesihatan Aurel dan anak yang bakal dilahirkan itu.

Sehingga kini doktor yang merawat Aurel memaklumkan harapan penyanyi itu untuk melahirkan anak secara normal masih tinggi, berikutan keadaan dirinya yang bersemangat kuat dan sihat.

“Kalau melihat daripada segi fizikal dan luaran, Insya-Allah saya mampu melahirkan anak secara normal. Doakan,” katanya.

Difahamkan juga jantina anak pertama yang menjadi pengikat cinta kasih antara Aurel dan Atta itu adalah bayi perempuan.

Oleh itu, pada majlis meraikan bulan ketujuh kehamilannya, Aurel dilihat amat teruja dan ceria mengenakan busana berwarna merah jambu, baru-baru ini.

Sumber Dari : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/12/791463/bakal-timang-cahaya-mata

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *