Mengundang rasa sebak penonton menerusi sebaris ayat yang diucapkannya pada pementasan Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu lalu, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri melahirkan rasa terharu dengan kata-kata semangat yang diterima.
Menurut Bell, dia juga tidak menyangka ramai yang masih terkesan dengan ayat yang dilontarkannya pada pementasan MLM pada Jumaat lalu.

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh Bell menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya bagi tatapan peminat dan pengikutnya semalam.
Tambah Bell, apabila dia tengok kembali pementasan sketch terdahulu mereka di beberapa minggu sebelumnya, dia akui merasa agak sendu dari segi peminatnya namun dia akur dengan perkara tersebut.
Dalam pada itu, Bell juga sempat memberitahu yang dia tidak akan melupakan jasa sahabatnya iaitu Ajak Shiro, Ropie dan Shuk Sahar walaupun Shuk sudah tidak bersama mereka di MLM.
Ujar Bell lagi, dia meletakkan harapan agar pengikut dan peminat terus hadir memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya dan kumpulan Tobat yang menyertai pertandingan tersebut.
Terdahulu, Bell menerusi segmen pertama pertandingan tersebut dengan tema Majlis Keraian telah melontarkan dialog berbunyi ‘Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun’.
Selain itu, satu lagi dialog Bell yang turut menyentuh hati banyak pihak ialah apabila dia menyebut ‘Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi’.
Sumber Asal : https://beautifulnara.com/bell-ngasri-luah-rasa-terharu-dengan-kata-kata-semangat-daripada-orang-ramai/