KUALA LUMPUR: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Janna Nick belum sedia berkongsi perancangan melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan dengan pelakon, Dini Schatzman.

Ditanya apakah Janna merancang menjalin ikatan suci bersama Dini selepas ABPBH 34, Jana berkata, perkara itu menjadi rahsia mereka.

Janna berjanji mengumumkan butiran perancangan seterusnya dalam hubungannya dengan teman lelaki, Dini. Foto NSTP/Zaidi Mohamad
Janna berjanji mengumumkan butiran perancangan seterusnya dalam hubungannya dengan teman lelaki, Dini. Foto NSTP/Zaidi Mohamad

“Rahsia… Sampai masa kita akan beritahu. Doakan yang baik-baik,” katanya pada sidang media virtual pada ABPBH 34 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, malam tadi.

Selain trofi utama Bintang Paling Popular, Janna mengungguli kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, malam tadi.

Sementara itu, Dini yang menemani Janna mengaku bangga dengan pencapaian kekasih hatinya itu.

Dini menganggap Janna layak menang kerana kekasihnya itu bersungguh-sungguh dalam setiap kerja dilakukan.

“Saya bangga dengan Janna. Dia ada pesona sebagai pengacara, tidak kiralah ketika mengendalikan program hiburan Melodi atau program membanteras COVID-19.

“Kedua-dua tugas itu dilaksanakan dengan cukup baik sekali,” katanya yang bertindak sebagai juruvideo dan penata rias teman wanitanya itu, malam tadi.

Sementara itu, penampilan pasangan itu pada segmen karpet merah meraih perhatian netizen apabila masing-masing memakai topeng penuh.

Janna tampil dengan inspirasi gaya Kim Kardashian pada acara fesyen tahunan tersohor, MET Gala di New York, Amerika Syarikat (AS), September lalu, manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam.

Pelayar Twitter melabelkan pasangan itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *