Pelakon Rozita Che Wan mewakili barisan pelakon drama Tahyul tampil memohon maaf kepada pelakon berbakat besar, Farah Ahmad yang terkilan apabila namanya tidak disenaraikan dalam kredit akhir drama tersebut.

Rozita atau lebih mesra dengan nama Che Ta telah membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah perkongsian di Instastorynya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Che Ta menegaskan bahawa watak Nyai Eseh yang dilakonkan Farah itu tidak mempunyai babak yang banyak namun tetap memberi kesan dalam memantapkan penceritaan drama tersebut.

Dalam pada itu, Che Ta turut menyuarakan rasa penghargaannya atas kesudian Farah untuk menerima tawaran melakonkan watak Nyai Eseh itu walaupun terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur dari Perlis.

Rozita Che Wan

Tambah Che Ta lagi, dia sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan kru Tahyul dan secara peribadi mengharapkan supaya akan ada rezeki untuk bekerjasama lagi dengan Farah pada masa akan datang.

Sekadar info, Farah Ahmad sebelum ini meluahkan kekecewaanya apabila namanya tidak disenaraikan dalam kredit akhir drama tersebut namun dia bersyukur kerana penerbit dan produksi masih ada nilai empati menyelesaikan perkara tersebut.

SUMBER ASAL : https://beautifulnara.com/rozita-che-wan-mohon-maaf-kepada-farah-ahmad-wakilkan-kru-pelakon-tahyul/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *