Tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee telah pun mengikat tali pertunangan pada petang, semalam.

Majlis pertunangan itu telah diadakan di sebuah premis persendirian di Ampang, dengan kehadiran ahli keluarga kedua belah pihak sebanyak 20 tetamu bertemakan putih dan songket.

Dalam pada itu, perkara yang membuatkan majlis pertunangan itu lebih bermakna buat pasangan itu adalah kerana Sweet Qismina atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menyambut hari kelahirannya yang ke-24.

Difahamkan, dalam majlis pertunangan itu, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada Adam.

Sekadar info, hubungan pasangan merpati dua sejoli ini mekar selepas Sweet mempelawa Adam menemaninya menghadiri ABPBH 31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada tahun 2018.

Sumber Asal : https://beautifulnara.com/tahniah-sweet-qismina-kini-sah-bertunang-dengan-adam-lee/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *