Gara-gara memuat naik video parodi di aplikasi TikTok, bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh didakwa masih tidak ‘move on’ oleh netizen.

Berikutan kecaman yang diterimanya itu, Intan Liana terpaksa pula membuat satu video lain bagi menjelaskan perkara itu.

Menggunakan parodi dengan ayat “Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” ternyata telah mengundang kata-kata nakal daripada peminat.

Sebelum ini, Izreen dan Intan Liana pernah bersemuka dalam sebuah program hiburan iaitu Melodi bagi tujuan memohon maaf di atas kesilapan menganggu gugat hubungan rumah tangga antara wanita itu dengan bekas suaminya yang kini milik Izreen, Ude Wahid.

Jelas Intan, dia hanya ingin behibur dan tidak bertujuan untuk menyindir sesiapa di media sosial.

Kata Intan lagi, kadang-kadang wanita sendiri yang menjatuhkan maruah kaumnnya sendiri dan kenyataan itu turut mendapat persetujuan daripada pengguna media sosial yang lain.

Intan bergurau saja tu…

Sumber : “Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Lemah!” – Intan Liana Perli Siapa Tu? (beautifulnara.com)

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *