Semalam, seorang Youtuber yang dikenali sebagai Mizan Majid tampil memohon maaf kepada orang ramai berikutan tularnya video yang memaparkan dia dan seorang lagi rakan dikenali sebagai Man Woww dilihat telah melakukan aksi keterlaluan terhadap orang ramai lalu mengundang kecaman hebat oleh netizen.

Ujar Mizan, video tersebut dibuat hanyalah semata-mata untuk menghiburkan orang ramai dan bukanlah untuk mencederakan orang awam.

Mizan kemudiannnya menjelaskan bahawa mereka telah memohon maaf kepada semua mangsa kerana merasa bersalah dengan tindakan yang dilakukan.

Sementara itu, rata-rata netizen menganggap Youtuber tersebut cuba menaikkan pengikut di media sosial dengan melakukan kandungan bodoh seperti itu.

Malah ada juga yang mencadangkan agar mereka berdua dikenakan tindakan undang-undang kerana telah menganggu ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang Youtuber dan rakan bertindak melakukan ‘prank’ dengan menggertak seperti mahu menampar orang ramai yang sedang menggunakan escalator dipercayai berlokasi di pusat membeli-belah Mid Valley.

Video tersebut walau bagaimanapun telah dipadam daripada saluran Youtube Mizan Majid namun sempat dikongsi oleh netizen di media sosial.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *