KUALA LUMPUR: ‘Saya belum berhijab,” demikian ulasan penyanyi Daiyan Trisha mengenai gambar berhijab yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), semalam.

Menerusi ruang komen hantaran yang dimuat naik, ramai peminat dan rakan artis memuji kecantikannya bertudung, malah mendoakan terus istiqamah.

Antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wany Hasrita, Mira Filzah, Azira Shafinaz, Lisa Surihani dan ramai lagi. Sehingga kini, hantaran gambar yang dimuat naik menerima hampir 190,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen.

Daiyan berkata, dia mohon maaf sekiranya gambar berhijab yang dimuat naik menimbulkan salah faham.

“Saya memohon maaf jika ada yang tersalah faham.

“Gambar berkenaan diambil menerusi sesi fotografi yang dijayakan, baru-baru ini.

“Saya masih belum berhijrah lagi,” katanya kepada BH Online.

Daiyan berterima kasih atas doa, malah memohon mendoakannya memperoleh hidayah. - Foto IG Daiyan Trisha
Daiyan berterima kasih atas doa, malah memohon mendoakannya memperoleh hidayah. – Foto IG Daiyan Trisha

Bagaimanapun, penyanyi lagu Penat berterima kasih atas doa yang diberikan buatnya.

“Saya menghargai peminat dan rakan yang memberikan komen. Malah, saya juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakan saya.

“Saya mohon teruslah mendoakan agar saya mendapat hidayah.

“Saya tidak berniat menimbulkan salah faham dan berharap orang ramai memahami,” katanya.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *