Menyedari kesilapan yang dilakukan, blogger Kaki Komen yang menyebarkan artikel berbaur fitnah mengenai keluarga pelakon dan penerbit, Shiela Rusly tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya, semalam.

Dalam hantaran itu, pihaknya memohon maaf secara terbuka susulan kapsyen yang berbaur fitnah terhadap keluarga Shiela dan menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha.

Selain permohonan maaf, pengendali Instagram itu turut menitipkan pesanan buat rakan blogger yang lain agar sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang berita

Apabila ditanya oleh pihak Harian Metro sama ada ingin meneruskan tindakan menyaman blogger tersebut atau tidak, jawab pelakon drama Penjara Janji itu, dia masih mempunyai sifat bertolak ansur.

Terdahulu, blogger terbabit telah mencetuskan kemarahan pelakon tersebut selepas memuat naik sebuah kenyataan kononnya Shiela pernah memberi ‘cadangan’ pelakon, Janna Nick sebagai calon isteri buat anaknya, Uzair Haqimy namun ditolak Janna sebelum anaknya itu memilih Elisya.

SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/sedar-membuat-kesilapan-blogger-mohon-maaf-pada-shiela-sekeluarga/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *