Pelakon dan juga penyanyi, Izzue Islam dilaporkan telah membuat laporan polis berikutan fotonya telah dimanipulasi untuk pengiklanan judi online di media sosial.
Maklum Izzue, dia telah membuat laporan di Balai Polis Klang sebgai tindakan susulan terhadap maklumat yang diberikan orang ramai kepada dirinya.
Dia juga menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam iklan yang tidak bermoral seperti itu.
Sejak semalam, tular di media sosial yang memaparkan Izzue sedang mempromosikan sebuah laman web judi online.
Dalam foto tersebut, gambar Izzue yang sedang memegang telefon bimbit telah disunting dengan berlatar belakangkan sebuah pusat pelancongan terkemuka.

Selain itu, foto tersebut turut memuatkan iklan promosi kasino terbaik yang ditawarkan mereka.
Ujar Izzue lagi, tindakan tersebut adalah melampau dan tidak patut dilakukan sekaligus memaksanya untuk membuat laporan polis.
“Ini juga sebagai amaran supaya jangan ada lagi pihak sewenang-wenangnya menggunakan gambar selebriti sesuka hati.” tambah Izzue mengakhiri bicara.
SUMBER DARI – https://beautifulnara.com/foto-disalahguna-untuk-iklan-judi-izzue-islam-buat-laporan-polis/