Penyanyi dan juga penyampai radio, Dina Nadzir mengakui bahawa ada sesetengah orang pernah mengkritik dan juga memandang rendah terhadap dirinya.
Penyanyi dan juga penyampai radio, Dina Nadzir mengakui bahawa ada sesetengah orang pernah mengkritik dan juga memandang rendah terhadap dirinya

Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir berkata, perkara tersebut berbangkit kerana bentuk fizikal tubuh badannya yang kurang menarik.
Orang cakap saya tak boleh pergi jauh sebabkan fizikal saya tapi saya mahu buktikan saya boleh. Astro buka peluang untuk saya bekerja di radio, siapa sangka saya suka. Saya juga mahu dikenali sebagai seseorang yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua tugas. Kalau saya jatuh keluarga akan memberi semangat untuk saya bangkit semula.
Meskipun kerjayanya bermula sebagai seorang penyanyi, Dina juga tidak menyangka bahawa rezekinya lebih ke arah bidang pengacaraan sebagai penyampai radio.
Penyanyi dan juga penyampai radio, Dina Nadzir mengakui bahawa ada sesetengah orang pernah mengkritik dan juga memandang rendah terhadap dirinya.
Sekadar info, Dina memulakan karier seni setekah menyertai program realiti nyanyian Malaysia Idol musim pertama sekitar tahun 2004 yang lalu.Dia kemudian mengembangkan bakat sebagai penyampai radio Era FM pada tahun 2012 sebelum ditugaskan ke stesen radio Sinar FM pada awal tahun lalu.
KREADIT : BEAUTIFULNARA.COM