Sempena hari kelahiran yang ke-24, khabarnya pelakon Intan Najuwa ada menerima hadiah istimewa daripada pelakon Zul Ariffin

Difahamkan, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu telah menerima senaskah Al-Quran daripada seorang individu dengan singkatan nama Z.A yang merujuk kepada pelakon lelaki itu.

“Selamat hari jadi ke-24. Barakallah.” tulis individu tersebut.

Meskipun tidak berkongsi secara terperinci mengenai individu tersebut, peminat telah mengandaikan Z.A itu merupakan singkatan nama bagi Zul Ariffin dan tanda tangan yang tertera pada ucapan itu mirip aktor itu.

Dalam pada itu, Zul yang dihubungi sebuah media mengakui bahawa dia ada memberi hadiah Al-Quran tersebut kepada Intan Najuwa.

Terdahulu, nama Zul Ariffin pernah dikaitkan sebagai orang ketiga yang menyebabkan hubungan Intan Najuwa bersama bekas tunangnya, Razrul putus di tengah jalan.

Namun, Zul menepis dakwaan tersebut dan menafikan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Intan Najuwa

SUMBER ASAL : https://beautifulnara.com/so-sweet-intan-najuwa-terima-hadiah-al-quran-daripada-zul-ariffin/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *