Penyanyi Daiyan Trisha enggan terlalu ‘melatah’ meskipun sering dikritik oleh netizen dalam pelbagai isu.

Terbaru, Daiyan sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila dia dikatakan terlalu ‘seksi’ selepas memuat naik video yang berlatarkan lagu Stay nyanyian The Kid Laroi dan Justin Bieber.

Dia yang ketika dihubungi media memaklumkan bahawa ada menerima mesej-mesej ‘tarbiah’ daripada segelintir netzien namun hanya memandang perkara tersebut sebagai positif.

Tambahnya lagi, dia mengerti bahawa setiap platform media sosial terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ‘mindset’ yang berbeza.

Dalam hantaran TikTok yang dimuat naik Daiyan, kebanyakan komen yang diterimanya adalah berkenaan aurat dan cara berpakaian.

Perkembangan lain, Daiyan bakal kembali dengan single terbaru berjudul Penat yang akan dilancarkan pada Jumaat ini

SUMBER DARI :- https://beautifulnara.com/dikritik-kerana-menari-pakai-seluar-pendek-daiyan-trisha-tak-melatah/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *