Pelakon dan juga usahawan muda, Cik B tampil mencuri tumpuan apabila dia dilaporkan sedang mengamalkan pemakanan yang sihat dalam usaha menguruskan badan.

Perkara tersebut dikongsikan pengurus Cik B, Natasha Suliana menerusi sebuah hantaran di aplikasi TikTok untuk tatapan peminat.

Dalam video tersebut, kelihatan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin sedang kusyuk menikmati ayam panggang berserta sayuran timun berserta epal hijau sebagai hidangan makan tengah hari.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat menyokong sepenuhnya usaha anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ini yang sedang berdiet.

“Makin comel la Cik B bila dah kurus nanti..” tulis seorang pengguna media sosial di bahagian komen.

Selamat maju jaya Cik B! Mesti bertambah comel bila dah kurus nanti kan.

Sumber Asal : https://beautifulnara.com/hanya-makan-ayam-panggang-dan-timun-peminat-sokong-cik-b-diet/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *