Dalam situasi pandemik yang melanda negara pada ketika ini, pastinya ramai yang berasa tertekan kerana pastinya ada yang terjejas seperti kehilangan kerja dan sebagainya.

Berikutan Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyankit Berjangkit yang dilanjutkan bermula hari ini sehingga 31 Disember 2021, lain pula halnya dengan pelakon Elfira Loy.

Dia dilihat lebih memikirkan soal sambutan hari lahir anak sulungnya iaitu Rayyan pada Oktober ini yang terpaksa dibatalkan kerana aktiviti keramaian tidak dibenarkan pihak berkuasa.

Difahamkan, perkara tersebut diluahkan Elfira menerusi sebuah hantaran di Instagram Story dengan menulis “Sampai Disember? Matilah.. Okey, tiada sambutan hari lahir untuk Rayyan. Batal semuanya.” di mana dia turut memuat naik satu siaran akhbar daripada Kementerian Kesihatan.

Ternyata, tindakan Elfira itu mengundang kritikan netizen di media sosial yang didakwa pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu seakan-akan tidak prihatin dengan situasi terkini dan hanya memikirkan soal majlis sambutan hari jadi anaknya itu.

Dia yang sebelum ini dikecam kerana mempersoalkan mengenai protes #lawan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu yang lalu.

Kata Elfra, kebenaran merentas negeri seolah-olah dibenarkan ketika hari protes berlangsung dan mengkritik cara peserta protes yang dilihat sedang beraksi liar di hadapan pihak berkuasa.

Sumber :

Sumber : https://beautifulnara.com/lebih-pentingkan-hari-jadi-anak-netizen-dakwa-efira-loy-tak-prihatin-situasi-terkini/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *