Meskipun namanya terpalit dengan beberapa kontroversi sejak kebelakangan ini, penyanyi Iman Troye tetap bersemangat apabila dia khabarnya akan mengeluarkan single ketiga tidak lama lagi.

Dia yang memang terkenal dengan tarian tersendiri dalam setiap lagu yang dinyanyikan, Iman Troye kini giat mempromosikan tarian terbaru untuk single terbarunya itu.

Menggunakan tanda pagar #NangChallenge, kali ini Iman membawa unsur jawa dalam seni tari dan turut mengajak peminat menyertai cabaran tersebut di media sosial.

Meskipun lagu baru Iman masih lagi belum didedahkan sepenuhnya kepada peminat, nampaknya ramai yang sudah menyahut cabaran NangChallenge dengan penuh bersemangat.

Rata-rata peminat menyifatkan tarian tersebut lebih sukar berbanding dua tarian yang sebelumnya iaitu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.

SUMBER ASAL : https://beautifulnara.com/ajak-peminat-buat-nangchallenge-tarian-baru-iman-troye-curi-perhatian/

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *