KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari mengumumkan berita ahli keluarga dan pembantu rumah positif COVID-19, kini bekas pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, 35, pula disahkan mendapat jangkitan virus berbahaya itu.

Sebelum ini, Rebecca bersama dua lagi cahaya mata, Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif selepas suami, enam cahaya mata dan tiga pembantu rumah positif.

“Awalnya, saya bebas COVID-19, namun akhirnya saya juga disahkan positif selepas menjaga suami dan enam anak yang terkena jangkitan pandemik.

“Doakan saya dan ahli keluarga kembali sihat seperti sedia kala. Secara jujurnya, saya juga hampir tumbang semalam kerana tidak boleh melelapkan mata dan terfikir dengan sekelip mata dapat jangkitan, namun akur segala-gala ujian datang dari-Nya,” katanya.

Rebecca yang berkongsi berita duka itu menerusi laman Instagram, pagi ini.

Datin Rebecca Nur Al Islam mendedahkan suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, enam cahaya mata dan tiga pembantu rumah disahkan positif COVID-19 pada Khamis lalu. - Foto IG Rebecca Nur Al Islam
Datin Rebecca Nur Al Islam mendedahkan suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, enam cahaya mata dan tiga pembantu rumah disahkan positif COVID-19 pada Khamis lalu. – Foto IG Rebecca Nur Al Islam

Katanya, wabak jahat itu terlalu bahaya.

“Kasihan saya melihat suami dan anak-anak. Saya tidak sampai hati dan terpaksa bercampur dengan mereka untuk memberi ubat dan sebagainya.

“Demi suami dan anak-anak yang lemah, saya kuatkan diri. Saya disahkan positif COVID-19, malam tadi. Saya reda dengan ujian ini. Terima kasih atas doa semua,” tulisnya.

Terdahulu, Rebecca mendedahkan suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, enam cahaya mata, Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif COVID-19 pada Khamis lalu.

Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azam pada 2011 dan dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua anak angkat.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *