Penyanyi Hafiz Suip yang cukup popular dengan lagunya Awan Nano sebelum ini tiba-tiba menjadi viral selepas menaikkan gambar hitam putih dirinya yang kelihatan kurus.

Peminat menjadi semakin tertanya-tanya selepas Hafiz menggunakan ayat kapsyen untuk mengingati hari kematian serta turut meminta maaf kepada semua orang.

Bagaimanapun, Hafiz akhirnya menjawab persoalan ramai dengan memaklumkan dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan meminta agar orang ramai tidak berfikir terlalu banyak tentang dirinya.

Dalam posting ini, Hafiz turut menunjukkan gambar dirinya yang terkini dengan lengan yang semakin mengembang dan tak sabar nak tunggu gym dibuka semula untuk dia meneruskan rutin bersenam.

By Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *