KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memeterai perjanjian usaha sama penerbit filem Malaysia dan Australia berkuat kuasa bulan ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, usaha sama itu antara inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada seni antarabangsa yang diterajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
“Perjanjian inisiatif berimpak tinggi ini berupaya memajukan sektor industri kreatif dan membuka lebih banyak peluang serta ruang buat penggiat seni menerusi jalinan kerjasama dengan Australia.
“Menerusi usaha sama terjalin, produksi dari Malaysia akan dianggap sebagai produk Australia. Ia sekali gus membolehkan karya tempatan menembusi pasaran global yang menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom,” kata Saifuddin.DISYORKAN UNTUK ANDA
- Lebih 11,000 tenaga kerja produksi carum SKSPS
- Zakaria Dilantik Pengerusi, Norman Timbalan Pengerusi FINAS – Saifuddin
- ‘Tak faham, hubungi hotline KKMM’
- 10 syarikat produksi terima insentif RM269,265.82
Menerusi kenyataan akhbar yang dihantar, Saifuddin berkata, perjanjian usaha sama itu dijangka dapat merangsang pertumbuhan ekonomi sektor industri kreatif, industri rantaian dan sokongan yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung.
Saifuddin berkata, beliau berharap jalinan usaha sama antara Malaysia dan Australia itu akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem.https://751931fb0a49b26b9e3aa0ce5bf719a1.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
“Saya berharap usaha sama terjalin ini dapat membantu mempertingkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan karya filem tempatan.
“Selain dapat menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan, ia juga membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara dua negara,” katanya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perjanjian usaha sama boleh diperoleh menerusi laman web www.kkmm.gov.my dan www.finas.gov.my. Atau melalui Bahagian Galakan Penggambaran FINAS menerusi talian 03-41041300 dan e-mel pada info@finas.my.
Kredit: Berita Harian